Friday, October 11, 2013

Seorang Perempuan Yang Menasihati Kaum Lelaki

Dari Atha' bin Abi Rabah ia berkata: Ibnu Abbas telah berkata kepadaku: Tidakkah engkau mengetahui seorang perempuan dari golongan ahli syurga? Aku berkata: Ya. Ia berkata: Perempuan ini berkulit gelap dan mendatangi Nabi s.a.w lalu ia berkata: Sesungguhnya aku ditimpa kemalangan, dan sesungguhnya aku telah ditimpa sesuatu yang tersingkap, berdoalah untukku. Nabi berkata:"Jika engkau berkehendak bersabarlah dan engkau akan mendapatkan syurga. Jika engkau berkehendak, berdoalah kepada Allah s.w.t agar ia mencukupimu." Perempuan itu berkata: Aku bersabar, ia berkata: Sesungguhnya aku telah dapat melihat, maka berdoalah kepada Allah untukku agar aku tidak dapat melihat maka beliau mendoakannya.

Al-Hafizh berkata: Al-Bazzar dan Ibnu Hibban meriwayatkan dari hadis Abi Hurairah yang lafaz dan kisahnya mirip: Seorang perempuan yang memiliki penyakit laman (kegilaan) telah datang kepada Rasulullah s.a.w dan ia berkata: berdoalah kepada Allah. maka beliau berkata: "Jika engkau mahu berdoalah kepada Allah maka Dia akan menyembuhkanmu, dan jika engkau mahu bersabarlah, tidak ada perhitungan ke atasmu." Ia berkata: Bahkan aku sangat bersabar dan tidak ada perhitungan ke atasku.

Wahai perempuan yang berakal yang mengetahui secara yakin bahawa dunia ini akan lenyap, bahawa kenikmatan syurga tidak pernah hilang dan tidak pernah habis selamanya. Wahai perempuan yang mengetahui bahawa dunia akan hancur, bersabarlah atas ujian ini agar engkau mendapatkan kemenangan syurga dari Tuhan pemilik langit dan bumi.

Kebahagiaan dan kenikmatan yang diperolehi seorang perempuan yang soleh ketika hidup di dunia, maka ia tahu bahawa ia adalah sebahagian daripada penduduk syurga.


Nilai Manusia Tergantung Pada Cita-Cita yang Dia Inginkannya

Imam Ibnu Qayyim menyebutkan. "Bahawa nilai/harga manusia tergantung pada cita-cita keinginannya."

Ahli hikmah pernah ditanya, "Beritahu aku tentang perhatian seseorang." Aku jawab, "Orang yang bagaimana kamu maksud." Dia menjawab:

"Carilah dalam hati kamu kegelisahan yang menyibukkan kamu."

Nabi s.a.w bersabda:

Siapa yang menjadikan tujuannya satu hanya akhirat, Allah penuhi seluruh keinginannya, dan siapa yang banyak keinginan dunianya, Allah tidak peduli buruk dia akan mendapatkan kemusnahan/kecelakaan.

Suatu hari seorang soleh terdampar di kandang harimau, lalu Allah menyelamatkannya. Orang-orang bertanya, "Apa yang kamu fikirkan waktu itu?" Aku berfikir untuk bermain dengan harimau, adakah ia suci atau tidak!!! Dan apa komentar ulama tentang itu?

Sebuah kapal terbalik di laut, mengakibatkan seorang Abid(ahli ibadah) terdampar di lautan, lalu dia mengambil wuduk dengan sempurna, berkumur-kumur dan memasukkan air ke hidung, kemudian Allah mengeluarkan dan menyelamatkannya dari tenggelam. Lalu dia ditanya mengenai kejadian itu. Dia pun menjawab, "Aku ingin berwuduk sebelum mati agar aku dalam keadaan suci."


Imam Ahmad menghadapi sakaratul maut dengan mengisyarat membersih janggutnya, kemudian mereka mewudukkannya.

Imam Ibnu Qayyim berkata,"Apabila seorang hamba berada di pagi hari dan petang hari, tidak ada tujuan atau niatnya kecuali hanya Allah semata, sebab Allah yang membawa seluruh keperluannya, maka dia mengosongkan hati kerana cinta kepada-Nya, lidahnya tetap berzikir dan anggota tubuhnya."

Jika pagi dan petang hanya dunia tujuannya, Allah memberikan semua keinginan, dukacita, keburukan pada dirinya, jadilah hatinya sibuk dengan cinta pada makhluk dan lidahnya selalu mengingat benda, seluruh tubuhnya tulus melayani dan sibuk kepadanya, kerana dia bosan untuk melayani selain itu, dia menjadi seperti hembusan yang menimpa perutnya, sehingga badannya terasa berat untuk menghembus atau menolong orang lain.

Setiap orang yang enggan untuk menyembah Allah, taat, cinta pada-Nya, pasti punah serta rapuh cintanya melayani makhluk.