Friday, October 11, 2013

Seorang Perempuan Yang Menasihati Kaum Lelaki

Dari Atha' bin Abi Rabah ia berkata: Ibnu Abbas telah berkata kepadaku: Tidakkah engkau mengetahui seorang perempuan dari golongan ahli syurga? Aku berkata: Ya. Ia berkata: Perempuan ini berkulit gelap dan mendatangi Nabi s.a.w lalu ia berkata: Sesungguhnya aku ditimpa kemalangan, dan sesungguhnya aku telah ditimpa sesuatu yang tersingkap, berdoalah untukku. Nabi berkata:"Jika engkau berkehendak bersabarlah dan engkau akan mendapatkan syurga. Jika engkau berkehendak, berdoalah kepada Allah s.w.t agar ia mencukupimu." Perempuan itu berkata: Aku bersabar, ia berkata: Sesungguhnya aku telah dapat melihat, maka berdoalah kepada Allah untukku agar aku tidak dapat melihat maka beliau mendoakannya.

Al-Hafizh berkata: Al-Bazzar dan Ibnu Hibban meriwayatkan dari hadis Abi Hurairah yang lafaz dan kisahnya mirip: Seorang perempuan yang memiliki penyakit laman (kegilaan) telah datang kepada Rasulullah s.a.w dan ia berkata: berdoalah kepada Allah. maka beliau berkata: "Jika engkau mahu berdoalah kepada Allah maka Dia akan menyembuhkanmu, dan jika engkau mahu bersabarlah, tidak ada perhitungan ke atasmu." Ia berkata: Bahkan aku sangat bersabar dan tidak ada perhitungan ke atasku.

Wahai perempuan yang berakal yang mengetahui secara yakin bahawa dunia ini akan lenyap, bahawa kenikmatan syurga tidak pernah hilang dan tidak pernah habis selamanya. Wahai perempuan yang mengetahui bahawa dunia akan hancur, bersabarlah atas ujian ini agar engkau mendapatkan kemenangan syurga dari Tuhan pemilik langit dan bumi.

Kebahagiaan dan kenikmatan yang diperolehi seorang perempuan yang soleh ketika hidup di dunia, maka ia tahu bahawa ia adalah sebahagian daripada penduduk syurga.


1 comment:

  1. menarik entri ni syarmie... =) dayah tau kisah ni melalui ustaz yg ajar dayah waktu form 5..."seorang wanita yg menderita sejenis pnyakit spt sawan dan apabila dia diserang sawan habis terbuka auratnya...dan dia minta Rasulullah s.a.w mendoakannya mengenai pnykitnya ini kerana auratnya tak terjaga apabila pnykit ini menyerang" ustaz dayah pn kata "tengoklah betapa orang yg ada pnyakit sawan sekali pun mahu jaga aurat, inikan pula kita yg normal, sihat ni..." kata2 ni sgt dalam, menyentuh hati ni...insyaAllah, sama2 kita berusaha menjaga aurat kita sebaik mungkin...moga Allah reda =)

    ReplyDelete